Thursday, October 28, 2010

Model Portfolio - Ani

Baru -baru ini saya berkesempatan untuk shoot portfolio untuk Ani (up and coming model). Setup lighting secara high key dan white studio setting. Sessi bergambar berjalan dengan sangat lancar dengan adanya make-up artist dan art director (tukang gayakan model). Untuk memudahkan kerja setiap keping gambar yang dipetik akan terus masuk komputer secara 'live' ( tethered shooting) dan gambar akan dipilih 'on the spot' oleh art director dan boleh terus dicuci.

Kepada siapa-siapa yang berminat untuk buat model portfolio mereka, kami menyediakan pakaian, make-up artist dan art direction untuk sepanjang sessi bergambar ini. Selamat mencuba.













Tuesday, October 19, 2010

Majlis Korporat TNB

Majlis Aidilfitri TNB Peringkat Negeri Johor
Tarikh : 8 Okt 2010
Lokasi : Batu Pahat, Johor

Majlis berlangsung dari pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam. Tetamu kehormat dari kalangan warga korporat TNB Johor dan YB-YB sekitar Batu Pahat. Pada majlis ini Lensalyza Studio diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Video secara Multi Camera Production (MCP) yang dipancarkan secara live pada 2 skrin besar di perkarangan pentas. Krew MCP diketuai oleh En Rashid dengan dibantu oleh Ejad & Zaidi.

Persembahan utama oleh Nash Lefthanded memang memeriahkan majlis dan para jemputan cukup sporting bila diajak menyanyi dan menari. Nash ni rupanya bekas staff TNB (dulunya Lembaga Letrik Negara) dan bila berjumpa rakan lama maka bertepuk tamparlah mereka.

Tahniah warga TNB Johor yang berjaya menganjurkan majlis Aidil Fitri yang sungguh meriah.





















Majlis Perkahwinan Ayang & Azar

Pengantin : Ayang & Azar
Nikah : 25 Sept 2010
Sanding : 26 Sept 2010
Lokasi : Kg Baru, Batu Pahat, Johor

Pengantin perempuan merupakan kenalan jurufoto, jadi taklah kekok sangat semasa saya menjalankan tugas. Akad nikah berlangsung pada pagi Sabtu dengan dimeriahkan oleh sanak saudara rombongan pengantin lelaki dari Parit Sumarto, Parit Raja.

Majlis persandingan terpaksa dicepatkan waktunya sebab langit dah mula mendung. Sebaik pengantin berarak dan tiba di tempat TOL hujan mula turun. TOL tetap kena tapi kira laluan ekspress lah juga. Tarian Zapin yang sepatutnya ditarikan di luar rumah terpaksa ditukar ke depan pelamin (nasib baik ruang tamunya agak luas).

Pakaian pengantin menyerlah dengan kombinasi warna kuning keemasan dan hitam serta jahitan lace dan labuci dan ianya adalah rekaan khas untuk pasangan pengantin (rasanya baju ni akan menjadi favourite buat pengantin yang akan datang). Pengantin sempat bersalin baju untuk sessi outdoor di Taman Botani, Seri Medan, Batu Pahat (dapatlah juga bergambar selama 30 minit).

Kepada sanak saudara serta kaum keluarga kedua pihak pengantin saya ucapkan berbanyak terimakasih kerana memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan tugas. Kepada pasangan pengantin saya ucapkan Selamat Pengantin Baru dan selamat berbulan madu.



























Thursday, October 14, 2010

Majlis Perkahwinan Hamidah & Mazlan

Pengantin : Hamidah & Mazlan
Lokasi : Pt Tengah, Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor
Nikah : 24 Sept 2010
Sanding : 25 Sept 2010

Ambil gambar orang kahwin ni membawa saya ke merata tempat, yang paling best boleh jumpa jalan pintas ke satu-satu tempat. Pada majlis ini jalan pintas telah menjimatkan 20km perjalanan pergi dan balik.

Pasangan pengantin Hamidah dan Mazlan selamat diijab kabulkan pada pagi Jumaat 24 Sept 2010. Biasanya nikah pada pagi Jumaat aturcara majlis biasanya cepat selesai kerana masing-masing nak ke masjid untuk solat Jumaat. Jamuan ringan yang disediakan ala-ala masakan kampung (siap ada petai dan sambal belacan).

Keesokan harinya majlis persandingan berlansung dengan ceria dan meriah. Tugas jurufoto menjadi mudah dengan kerjasama keluarga dan sanak saudara pengantin yang siap sedia bergambar di pelamin. Tahniah pada pasangan pengantin yang mula berkenalan pada 25 Julai 2008 akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Rentetan percintaan mereka tercatit pada "cover page" majalah di bawah.





























Friday, October 8, 2010

Gambar Konvo UTHM

Tahniah kepada graduan UTHM sempena konvo Oktober ini. Para graduan boleh dapatkan gambar konvo kualiti tinggi di studio fotografi saya di No 26-1, Taman Universiti, Parit Raja. Studio saya menyediakan pelbagai corak latarbelakang (backdrop) yang bersesuaian dengan kehendak graduan & famili. Keluasan serta kelengkapan set studio saya membolehkan 2 graduan/famili bergambar dalam satu-satu masa. Waktu operasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.



Berikut beberapa gambar konvo yang di ambil sempena mini konvo UTHM bulan Julai 2010.