Showing posts with label Custom Album. Show all posts
Showing posts with label Custom Album. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

Design Photo / Custom Album

Pengantin : Rahman & Maryati
Akad Nikah 13 Mac 2010
Bersanding : 14 Mac 2010
Lokasi majlis :Kg. Pt. Besar Rengit, Batu Pahat, Johor

Pengantin kali ni adalah rakan sekerja dan sekampung dengan pasangan pengantin Min & Eja (lihat posting sebelum ini). Mudahnya rakan sekerja yang lain nak ke majlis mereka (macam pergi mengunjung pulak).

Tugasan kali ini adalah Design Photo untuk jurufoto Azman. Biasanya photo yang saya design datang dalam bentuk CD format JPEG. Disebabkan dah biasa berurusan dengan pengantin/jurufoto lain, saya diberi kebebasan sepenuhnya untuk menghasilkan design ini. Pemilihan foto mengikut jalan cerita "storyboard" dan tema warna mengikut pakaian pengantin, warna pelamin dan konsep perkahwinan (kalau majlis berkonsepkan dalam taman ... maka banyaklah design berkaitan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan).

Bercerita tentang storyboard teringat masa bertugas untuk produksi video dan animasi. Storyboard dilukis selepas skrip cerita di muktamatkan. Untuk menghasilkan cerita animasi 2D/3D, storyboard teramat penting (guideline kepada juru animasi), kalau tak ada storyboard caca murba jalan cerita nanti.

OK sama-sama kita layari design berikut:-



Sunday, March 21, 2010

Design Photo / Custom Album

Salam,

Posting kali ni berkaitan design foto untuk jurufoto Azman. Design ni dah lama siap cuma masa tidak mengizinkan untuk upload. Semua majlis ni berlangsung pada bulan Februari dan ianya bertindih dengan tugas saya sebagai jurufoto. Jadi terdapat sedikit kelewatan.

Jika terdapat jurufoto / pengantin yang melayari blog ini berminat dengan design saya, sila hubungi saya di talian 012-7384921. Sekian terima kasih.

(1) Pengantin : Din & Eka
Lokasi : Kg Pt Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 6 Februari 2010







(2) Pengantin : Faizal & Saiedah
Lokasi : Kg Pt Bahru Laut, Senggarang, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 13 Februari 2010
































(3) Pengantin : Suhairi & Siti Zuraidah
Lokasi : Kg Pt Daun, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 14 Februari 2010




Wednesday, June 24, 2009

Design Custom Album

Disamping mengambil gambar dan design custom album untuk diri sendiri, saya juga mengambil tempahan jurufoto lain untuk membuat custom album.
Majlis Perkahwinan
Azrin & Zakiah

Akad Nikah : 06 Jun 2009 (malam)
Resepsi (P) : 07 Jun 2009
Lokasi : Kg. Parit Haji Ali, Parit Raja, Batu Pahat.






Gambar-gambar diatas adalah hakmilik
Jurufoto : En. Yusof (012-3598090)