Friday, July 16, 2010

Majlis Perkahwinan Jun & Abd Razak

Pengantin : Junaidah & Abdul Razak
Tarikh : 12 Jun 2010
Lokasi : Parit Yaani, Batu Pahat, Johor

Majlis nikah diadakan disebelah pagi dan disusuli majlis persandingan disebelah petang. Ramai betul jemputan yang datang macam tak putus-putus (maklumlah bapa pengantin perempuan kira orang penting kat Pt Yaani).

Jamuan nasi baryani yang dihidangkan memang power habis... tak sah makan kalau tak tambah sepinggan lagi (pada hari biasa tukang masak ni berniaga makanan di pasar Batu Pahat). Mana tak sedapnya bahan rempah ratus semuanya cukup (ditambah dengan sikap bapa pengantin yang pemurah ... tukang masak minta rempah 10kg diberinya 12kg, minta lobak merah 3 bakul diberinya 4 bakul dan seterusnya).

Apa yang menariknya hiasan untuk bilik pengantin dan jambangan bunga untuk kereta pengantin adalah hasil kerja tangan emak pengantin perempuan yang cukup kreatif dan cantik sekali.

Pasangan pengantin pula memberi kerjasama penuh dengan saya, maka terhasillah foto-foto yang menarik. Kemesraan di antara pasangan pengantin menyerlah sepanjang majlis (orang kata macam ada 'chemistry'). Lokasi untuk sesi outdoor dipilih oleh pengantin perempuan... dah agak dah... mesti Taman Botani di Seri Medan. Tempat ni memang popular la dikalangan fotografer dan pasangan pengantin untuk hari bersejarah mereka.

Selamat Pengantin Baru buat Jun & Razak.





































Thursday, July 15, 2010

Majlis Perkahwinan Farahana & Asnizar

Pengantin : Farahana & Asnizar
Akad Nikah : 11 Jun 2010
Lokasi : Surau Taman Suria, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor
Bersanding : 13 Jun 2010 (OP : AreJipt)
Lokasi : Kg. Pt. Lapis Semarang, Pt Raja. Batu Pahat, Johor

Syok juga dapat jurunikah muda-muda ni sebab momentum khutbah nikah biasanya cepat, pantas dan tuntas. Dalam setengah jam selesai acara akad nikah dan rombongan kedua belah pihak bertolak ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan ringan (ringan tak ringan hidangan nasi berlauklah juga).

Majlis persandingan diserikan dengan 'live band' tempatan (kalau kena gayanya 'live band' lebih kick dari 'minus one'). Semua acara berjalan lancar sehingga selesai majlis. Cuma Mak Andam adalah jeling-jeling sikit semasa nak bergambar disekeliling rumah dan tepi sungai (maklumlah pakaian baru takut terkoyak masa seret baju celah-celah semak). Alhamdullilah pakaian OK dan pasangan pengantin pun OK.

Kepada Farahana & Asnizar kami ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan jodoh hingga ke akhir hayat.