Thursday, July 29, 2010

Majlis Perkahwinan Eyna & Ashraff

Pasangan : Eyna & Ashraff
Akad Nikah : 25 Jun 2010
Bersanding : 26 Jun 2010
Lokasi : Taman Intan, Kluang, Johor

Pertemuan.saya dengan Ashraff berlangsung semasa saya menjadi jurufoto untuk majlis Yuzlina & Zaharudin bulan Februari 2010. Masa tu Ashraff menjadi pengapit pengantin lelaki. Nak dijadikan cerita saya terus jadi jurufoto rasmi untuk majlis perkahwinan mereka pula.

Dengan sekali lafaz Ashraff dengan Eyna sah bergelar pasangan suami isteri (bak kata Datuk Noh Gadut yang menikahkan mereka ... "mungkin disebabkan Ashraff ni anak saudara Penasihat Majlis Agama Islam Johor, jadi lancar aje sebutannya").

Selepas acara nikah, diadakan pula majlis berinai dan diikuti dengan sessi persalinan pakaian. Disebabkan Eyna & Ashraff memang secantik dan sepadan, buat posing apapun gambar mesti menjadi (tak sedar tangan dah memetik beratus keping gambar dibuatnya). Keesokan harinya majlis persandingan berlangsung dengan meriah, dimulakan dengan perarakan pengantin lelaki diiringi paluan kompang. Di atas pelamin pasangan pengantin diceriakan dengan acara tepung tawar. Acara memotong kek diadakan khas dibawah khemah ala-ala 'Arabian Night' dan secara keseluruhan baik dari segi andaman, pelamin, meja makan damai dan khemah jemputan ... semuanya nampak ekslusif.

Cuaca sebelah petang nampak cerah dengan langit sedikit kebiru-biruan, maka dibawa pasangan pengantin ini bergambar di sebuah taman landskap di bandar Kluang. Dekat sejamlah juga sessi outdoor ini (banyak foto menarik tapi saya cuma upload 5 keping aje ... nak tengok selebihnya kena tengok album pengantin nanti).

Untuk majlis resepsi sebelah pengantin lelaki (keesokan harinya), posting akan dibuat selepas ini. Terimakasih buat Eyna & Ashraff serta kaum keluarga mereka yang memberikan kerjasama penuh sepanjang saya menjalankan tugas. Selamat Pengantin Baru.




































Sunday, July 18, 2010

Majlis Resepsi Remy & Zila

Pengantin : Raimi & Norfazila
Tarikh : 13 Jun 2010
Lokasi : Alor Setar, Kedah

2 bas persiaran membawa rombongan pihak pengantin perempuan dari Johor ke majlis resepsi di Alor Setar, Kedah. Sempat jugalah ahli rombongan shopping di Padang Besar dan Pekan Rabu (sampai penuhlah tempat isi barang bas).

Majlis berlangsung dengan meriah dengan pelbagai hidangan dan yang specialnya ada 'teh tarik' ... yang buat teh ni Johan Teh Tarik kat Kedah 3 tahun berturut-turut. Kalau nak minuman sejuk ABC putar disediakan ... saya tak sempat nak pekena ABC sebab kena beratur panjang. Jemputan yang datang bertali-arus sampai ke petang. Tetamu VIP Datul Bandar Alor Setar turut menyerikan majlis (foto yang ada 4x4 tu...). Sepanjang majlis tetamu dihiburkan dengan celoteh Deejay Kedah FM.

Pasangan pengantin Remy & Zila memang suka bergurau senda semasa bergambar ... jadi senang sikit tugas saya untuk dapat gambar candid yang ummmphhh. Bagi sessi outdoor saya cuma ada kesempatan 10 minit untuk merakamkan kenangan indah mereka. Lokasinya di perkarangan Masjid Albukhary memang menarik ... kalaulah ada banyak masa macam-macam setting dan teknik fotografi boleh dibuat. Apa nak buat fotografer ikut bas rombongan jadi selepas shoot terkejar-kejar ke Pekan Rabu untuk naik bas persiaran yang dah lama menunggu.

Terimakasih pada Remy & Zila yang sudi mengambil saya sebagai jurufoto rasmi untuk majlis resepsi sebelah perempuan & lelaki. Selamat Pengantin Baru.