Tuesday, October 19, 2010

Majlis Korporat TNB

Majlis Aidilfitri TNB Peringkat Negeri Johor
Tarikh : 8 Okt 2010
Lokasi : Batu Pahat, Johor

Majlis berlangsung dari pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam. Tetamu kehormat dari kalangan warga korporat TNB Johor dan YB-YB sekitar Batu Pahat. Pada majlis ini Lensalyza Studio diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Video secara Multi Camera Production (MCP) yang dipancarkan secara live pada 2 skrin besar di perkarangan pentas. Krew MCP diketuai oleh En Rashid dengan dibantu oleh Ejad & Zaidi.

Persembahan utama oleh Nash Lefthanded memang memeriahkan majlis dan para jemputan cukup sporting bila diajak menyanyi dan menari. Nash ni rupanya bekas staff TNB (dulunya Lembaga Letrik Negara) dan bila berjumpa rakan lama maka bertepuk tamparlah mereka.

Tahniah warga TNB Johor yang berjaya menganjurkan majlis Aidil Fitri yang sungguh meriah.





















Majlis Perkahwinan Ayang & Azar

Pengantin : Ayang & Azar
Nikah : 25 Sept 2010
Sanding : 26 Sept 2010
Lokasi : Kg Baru, Batu Pahat, Johor

Pengantin perempuan merupakan kenalan jurufoto, jadi taklah kekok sangat semasa saya menjalankan tugas. Akad nikah berlangsung pada pagi Sabtu dengan dimeriahkan oleh sanak saudara rombongan pengantin lelaki dari Parit Sumarto, Parit Raja.

Majlis persandingan terpaksa dicepatkan waktunya sebab langit dah mula mendung. Sebaik pengantin berarak dan tiba di tempat TOL hujan mula turun. TOL tetap kena tapi kira laluan ekspress lah juga. Tarian Zapin yang sepatutnya ditarikan di luar rumah terpaksa ditukar ke depan pelamin (nasib baik ruang tamunya agak luas).

Pakaian pengantin menyerlah dengan kombinasi warna kuning keemasan dan hitam serta jahitan lace dan labuci dan ianya adalah rekaan khas untuk pasangan pengantin (rasanya baju ni akan menjadi favourite buat pengantin yang akan datang). Pengantin sempat bersalin baju untuk sessi outdoor di Taman Botani, Seri Medan, Batu Pahat (dapatlah juga bergambar selama 30 minit).

Kepada sanak saudara serta kaum keluarga kedua pihak pengantin saya ucapkan berbanyak terimakasih kerana memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan tugas. Kepada pasangan pengantin saya ucapkan Selamat Pengantin Baru dan selamat berbulan madu.