Tuesday, May 3, 2011

Majlis Perkahwinan Azimah & Zizi

Pengantin : Azimah & Zizi
Nikah : 11 Mac 2011
Sanding : 12 Mac 2011
Lokasi : Sri Medan, Batu Pahat, Johor

Posting kali ini giliran adiknya pula (Azimah). Majlis nikah berlangsung selepas waktu Isyak. Perjalanan saya ke rumah pengantin mengikut panduan peta pada kad jemputan. Banyak juga pusingan yang perlu dibuat sebelum sampai ke destinasi. Nak dijadikan cerita ada jalan pintas rupanya (jimat 10km perjalanan), jadi balik ikut laluan jalan kebun.

Majlis persandingan berlangsung dengan meriah dan diserikan dengan rombongan pengantin lelaki dari Senggarang, Batu Pahat. Majlis sebelah pihak lelaki diadakan keesokan harinya.

Tahniah kepada kedua pasangan pengantin adik beradik dan sama-sama kita tunggu siapa yang menimang cahaya mata dahulu.









































Friday, April 15, 2011

Majlis Perkahwinan Anis & Hafiz

Pengantin : Anis & Hafiz
Nikah & Sanding : 12 March 2011
Lokasi : Sri Medan, Yong Peng, Batu Pahat, Johor

Siri gambar pengantin kali ini menampilkan 2 pasangan adik beradik. Untuk mengelakkan "langkah bendul" kita mulakan dengan posting kakaknya dahulu. Posting adiknya Azimah akan menyusur sebentar nanti.

Suasana majlis meriah dan jumlah tetamu yang datang turut berganda. Ianya diserikan lagi dengan rombongan pengantin lelaki dari Kedah. Selesai saja acara 'makan damai' hujan turun dengan lebat, jadi banyaklah gambar dalam rumah. Disebabkan hujan sessi gambar outdoor digantikan dengan sessi photoshoot di studio saya di Parit Raja.