Monday, March 29, 2010

Majlis Resepsi Min & Eja

Pengantin : Salimin & Hadijah
Bersanding : 14 Mac 2010
Lokasi majlis :Kg. Pt. Besar Rengit, Batu Pahat, Johor

Terima kasih kepada cameraman Ahmad Zainal kerana tolong cover majlis resepsi ini. Kebetulan pada tarikh tersebut ada beberapa job serentak. Di sepanjang jalan Pt Besar ini saja ada 3 majlis perkahwinan pada hari tersebut (masak juga orang rewang kampung ni).

Tahniah kepada pasangan pengantin dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Kalian berdua memang sepadan dan cukup sporting.










Sunday, March 28, 2010

Majlis Perkahwinan Mohd Nizam & Siti Nurain

Mohd Nizam & Siti Nurain
Akad Nikah : 13 Mac 2010
Bersanding : 14 Mac 2010
Lokasi majlis : Lrg Budiman, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.


Walaupun pasangan pengantin ini agak malu-malu pada pertemuan pertama di hari pernikahan, (perkahwinan diatur keluarga) namun mereka telah memberi kerjasama yang cukup baik semasa sesi fotografi sepanjang majlis berlangsung. Ditambah pula dengan kaum keluarga dan kawan-kawan pengantin yang cukup sporting mengusik serta menggandingkan mereka berdua di atas pelamin.

Foto-foto di bawah adalah antara pose menarik pengantin perempuan semasa sesi photoshoot 'Tukar Baju'(Busana Muslimah). Terima kasih banyak-banyak kerana sporting dan murah senyuman. Kami bekerja pun enjoy dan seronok.

Tahniah dan Semoga Berbahagia buat Nizam & Ain dan Selamat Pengantin Baru.