Monday, March 29, 2010

Majlis Resepsi Min & Eja

Pengantin : Salimin & Hadijah
Bersanding : 14 Mac 2010
Lokasi majlis :Kg. Pt. Besar Rengit, Batu Pahat, Johor

Terima kasih kepada cameraman Ahmad Zainal kerana tolong cover majlis resepsi ini. Kebetulan pada tarikh tersebut ada beberapa job serentak. Di sepanjang jalan Pt Besar ini saja ada 3 majlis perkahwinan pada hari tersebut (masak juga orang rewang kampung ni).

Tahniah kepada pasangan pengantin dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Kalian berdua memang sepadan dan cukup sporting.










Sunday, March 28, 2010

Majlis Perkahwinan Mohd Nizam & Siti Nurain

Mohd Nizam & Siti Nurain
Akad Nikah : 13 Mac 2010
Bersanding : 14 Mac 2010
Lokasi majlis : Lrg Budiman, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.


Walaupun pasangan pengantin ini agak malu-malu pada pertemuan pertama di hari pernikahan, (perkahwinan diatur keluarga) namun mereka telah memberi kerjasama yang cukup baik semasa sesi fotografi sepanjang majlis berlangsung. Ditambah pula dengan kaum keluarga dan kawan-kawan pengantin yang cukup sporting mengusik serta menggandingkan mereka berdua di atas pelamin.

Foto-foto di bawah adalah antara pose menarik pengantin perempuan semasa sesi photoshoot 'Tukar Baju'(Busana Muslimah). Terima kasih banyak-banyak kerana sporting dan murah senyuman. Kami bekerja pun enjoy dan seronok.

Tahniah dan Semoga Berbahagia buat Nizam & Ain dan Selamat Pengantin Baru.





































Sunday, March 21, 2010

Design Photo / Custom Album

Salam,

Posting kali ni berkaitan design foto untuk jurufoto Azman. Design ni dah lama siap cuma masa tidak mengizinkan untuk upload. Semua majlis ni berlangsung pada bulan Februari dan ianya bertindih dengan tugas saya sebagai jurufoto. Jadi terdapat sedikit kelewatan.

Jika terdapat jurufoto / pengantin yang melayari blog ini berminat dengan design saya, sila hubungi saya di talian 012-7384921. Sekian terima kasih.

(1) Pengantin : Din & Eka
Lokasi : Kg Pt Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 6 Februari 2010







(2) Pengantin : Faizal & Saiedah
Lokasi : Kg Pt Bahru Laut, Senggarang, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 13 Februari 2010
































(3) Pengantin : Suhairi & Siti Zuraidah
Lokasi : Kg Pt Daun, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 14 Februari 2010




Majlis Perkahwinan Yana & Ewan

Pengantin : Ewan & Yana
Resepsi (L) : 21 Februari 2010
Lokasi : Simpang Renggam , Johor

Salam,

Posting kali ini adalah resepsi lelaki juga bertempat di Simpang Renggam. Sepanjang majlis cuaca panas terik (sampai kena catuan air sekitar kawasan ini). Sebaik selesai sessi photoshoot sekitar kawasan majlis, hujan turun dengan selebat-lebatnya (hujan rahmat).

Kepada kedua pengantin harap dapat bersabar, custom album akan menyusul dalam 2 minggu lagi. Terimakasih banyak-banyak atas kerjasama anda berdua sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan anda.








Saturday, March 6, 2010

Majlis Perkahwinan Ewan & Yana

Pengantin : Ewan & Yana
Resepsi (P) : 12-14 Februari 2010
Lokasi : Simpang Renggam , Johor

Salam,

Pasangan pengantin kali ini mudah digayakan kerana sepadan dan tidak kaku depan kamera. Jumlah foto yang dipetik adalah yang terbanyak setakat ini (lebih 2,000 keping) merangkumi majlis akad nikah, persalinan baju dan majlis resepsi perempuan dan lelaki. Pada majlis ni turut diraikan persandingan abang kepada pengantin perempuan (jadi jumlah jemputan kira double).

Untuk pencahayaan di pelamin saya menggunakan strobe/studio flash untuk mendapatkan hasil foto yang jelas keseluruhannya (aperture f11). Ini memudahkan pilihan foto untuk custom album nanti.

Kepada keluarga pengantin selamat menyambut dua menantu, dan selamat berbulan madu pada pasangan pengantin.