Sunday, November 14, 2010

Profile Firmah Bridal House

Baru-baru ini berkesempatan shoot koleksi pakaian pengantin serta aksessori terkini Firmah Bridal House (Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor). Talent model terdiri dari sanak saudara serta staff Firmah Bridal House. Foto yang terakhir adalah orang kuat dibelakang bridal house ini (Kak Som & Fid ... bergu mantap untuk make-up pengantin).

Tunggu apalagi, jom datang fitting baju kat sini.























Tuesday, November 2, 2010

Studio Happy Hour

31 orang bakal Jurutera Elektrik sedang beraksi. Mereka ni pelajar tahun akhir Kejuruteraan Elektrik (Komunikasi) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Sessi fotografi berlangsung selama 1 jam dengan teknik white studio setup. Rasanya konsep 'happy hour' ni berbaloi-baloi dengan kadar istimewa RM 200 sejam untuk shoot & burn dalam bentuk DVD. Kadar ini adalah untuk hari biasa sahaja.

Apalagi datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan 'happy hour' anda.


















Monday, November 1, 2010

Majlis Perkahwinan Akma & Razak

Pengantin : Akma & Razak
Lokasi : Pt Londang, Pt Raja, Batu Pahat Johor
Tarikh : 3 Okt 2010

Siri pengantin kali ini menampilkan Akma & Razak dengan tema perkahwinan berwarna hijau yang sangat menyerlah. Tahniah kepada perunding perkahwinan Andaman Liza yang bertungkus lumus menyiapkan set pelamin, kamar tidur, pakaian dan solekan pengantin.

Ruang pelamin yang luas memudahkan sanak saudara bergambar bersama pengantin. Bila dah ramai-ramai bergambar, pencahayaan memainkan peranan penting untuk mendapatkan gambar yang jelas dari hujung ke hujung pelamin (di sini saya gunakan set studio lighting). Kalau gambar dibesarkan saiz 16 x 20 inci rasanya pixel tak pecah dan kualitinya berbaloi-baloi.

Sebelah petang pengantin dibawa bergambar disekitar kawasan majlis. Tak sangka Pt Londang mempunyai padang ragut yang menghijau dengan anak sungai yang jernih ditambah dengan langit yang kebiru-biruan. Maka terhasil beberapa keping foto untuk diabadikan dalam album pengantin. Pada sebelah malamnya pengantin datang ke studio untuk sessi bergambar di studio (kena jumpa pengantin kalau nak lihat gambar mereka di studio). Selamat Pengantin Baru.