Friday, April 30, 2010

Majlis Perkahwinan Dewi & Aznan

Pengantin : Dewi & Aznan
Akad Nikah : 13 Mac 2010
Sanding : 14 Mac 2010
Lokasi : Kg Rahmat, Batu Pahat Johor.

Mungkin ada yang tertanya kenapa lambat upload foto resepsi Dewi & Aznan. Sebabnya menghormati permintaan pengantin agar mereka orang pertama yang lihat foto mereka. Kedua-dua pengantin ni bekerja di Selangor, dan katanya seminggu dua selepas majlis, mereka akan pulang ke Batu Pahat ... tapi tak jadi. Saya pula sepatutnya ada appointment kat Shah Alam minggu lepas ... tapi ditangguhkan. Jadi tak dapat serahkan album 'by hand'. Nak mudahkan cerita album mereka di KOREA kan pakai CitiLink.

Rombongan pengantin lelaki bertolak dari Kelantan pada malam hari dan sempat tiba pada majlis nikah pada 10.30 pagi hari Sabtu. Majlis persandingan pada hari Ahad berjalan lancar dengan bantuan orang rewang dan kaum keluarga.

Kadang-kadang semasa sesi bergambar mata kita selalu berkelip. Pengantin perempuan kita ni mempunyai petua tersendiri untuk mengelakkan mata pejam semasa ambil gambar. Mula-mula mata dipejamkan terlebih dahulu dan pada kiraan 1, 2, 3 baru dicelikkan mata. OK lah apa kata kita layari foto pasangan pengantin yang cukup sporting ini.










Wednesday, April 21, 2010

Majlis Perkahwinan Aya & Den

Pengantin : Siti Ruhaya & Aliden
Tarikh : 20 Mac 2010
Lokasi : Kg. Pt. Kadir, Senggarang, Batu Pahat, Johor

Majlis pernikahan Den & Aya nie berlangsung pada hari Ahad disebelah pagi. Sepanjang majlis berlangsung, hujan turun tanpa henti. Namun ia tidak menghalang tetamu dari hadir untuk memeriahkan majlis raja sehari ini. Seluruh kaum kerabat pengantin bergotong-royong bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Tahniah diucapkan kepada Pengantin Baru Den & Aya dan semoga mereka bahagia selamanya. Amin














Saturday, April 10, 2010

Majlis Resepsi Atim & Fazleha

Pengantin : Atim & Fazleha
Bersanding (L) : 20 Mac 2010
Lokasi : Parit Karjo, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Foto pertama di reka berkonsepkan salah sebuah majalah pengantin yang popular di Malaysia (maaf tajuk majalah dikosongkan dalam foto ni). Majalah biasanya guna font (jenis huruf) yang unik (memang susah nak cari), jadi terpaksalah guna Illustrator untuk design font tersebut. Untuk pengantin yang berminat untuk jadi cover page majalah (tak kira majalah apa pun), rajin-rajinlah beli majalah dan hantar sample nya kepada saya.

OK berkenaan majlis resepsi ni pasangan ni senang digayakan (mungkin dah banyak posing masa majlis tempat perempuan kot). Saya ambil foto guna continuous mode (ala-ala photoshoot model) dan cuma memberi arahan next pose, next pose dan seterusnya.

Terimakasih kepada pasangan pengantin dan kaum keluarga mereka kerana memberi kerjasama penuh sepanjang majlis. Semoga Atim & Leha berbahagia selalu dan selamat berbulan madu (masa penyerahan album mereka belum honeymoon lagi!!).








Thursday, April 1, 2010

Design Photo / Custom Album

Pengantin : Rahman & Maryati
Akad Nikah 13 Mac 2010
Bersanding : 14 Mac 2010
Lokasi majlis :Kg. Pt. Besar Rengit, Batu Pahat, Johor

Pengantin kali ni adalah rakan sekerja dan sekampung dengan pasangan pengantin Min & Eja (lihat posting sebelum ini). Mudahnya rakan sekerja yang lain nak ke majlis mereka (macam pergi mengunjung pulak).

Tugasan kali ini adalah Design Photo untuk jurufoto Azman. Biasanya photo yang saya design datang dalam bentuk CD format JPEG. Disebabkan dah biasa berurusan dengan pengantin/jurufoto lain, saya diberi kebebasan sepenuhnya untuk menghasilkan design ini. Pemilihan foto mengikut jalan cerita "storyboard" dan tema warna mengikut pakaian pengantin, warna pelamin dan konsep perkahwinan (kalau majlis berkonsepkan dalam taman ... maka banyaklah design berkaitan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan).

Bercerita tentang storyboard teringat masa bertugas untuk produksi video dan animasi. Storyboard dilukis selepas skrip cerita di muktamatkan. Untuk menghasilkan cerita animasi 2D/3D, storyboard teramat penting (guideline kepada juru animasi), kalau tak ada storyboard caca murba jalan cerita nanti.

OK sama-sama kita layari design berikut:-