Tuesday, October 19, 2010

Majlis Perkahwinan Ayang & Azar

Pengantin : Ayang & Azar
Nikah : 25 Sept 2010
Sanding : 26 Sept 2010
Lokasi : Kg Baru, Batu Pahat, Johor

Pengantin perempuan merupakan kenalan jurufoto, jadi taklah kekok sangat semasa saya menjalankan tugas. Akad nikah berlangsung pada pagi Sabtu dengan dimeriahkan oleh sanak saudara rombongan pengantin lelaki dari Parit Sumarto, Parit Raja.

Majlis persandingan terpaksa dicepatkan waktunya sebab langit dah mula mendung. Sebaik pengantin berarak dan tiba di tempat TOL hujan mula turun. TOL tetap kena tapi kira laluan ekspress lah juga. Tarian Zapin yang sepatutnya ditarikan di luar rumah terpaksa ditukar ke depan pelamin (nasib baik ruang tamunya agak luas).

Pakaian pengantin menyerlah dengan kombinasi warna kuning keemasan dan hitam serta jahitan lace dan labuci dan ianya adalah rekaan khas untuk pasangan pengantin (rasanya baju ni akan menjadi favourite buat pengantin yang akan datang). Pengantin sempat bersalin baju untuk sessi outdoor di Taman Botani, Seri Medan, Batu Pahat (dapatlah juga bergambar selama 30 minit).

Kepada sanak saudara serta kaum keluarga kedua pihak pengantin saya ucapkan berbanyak terimakasih kerana memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan tugas. Kepada pasangan pengantin saya ucapkan Selamat Pengantin Baru dan selamat berbulan madu.



























Thursday, October 14, 2010

Majlis Perkahwinan Hamidah & Mazlan

Pengantin : Hamidah & Mazlan
Lokasi : Pt Tengah, Sri Merlung, Rengit, Batu Pahat, Johor
Nikah : 24 Sept 2010
Sanding : 25 Sept 2010

Ambil gambar orang kahwin ni membawa saya ke merata tempat, yang paling best boleh jumpa jalan pintas ke satu-satu tempat. Pada majlis ini jalan pintas telah menjimatkan 20km perjalanan pergi dan balik.

Pasangan pengantin Hamidah dan Mazlan selamat diijab kabulkan pada pagi Jumaat 24 Sept 2010. Biasanya nikah pada pagi Jumaat aturcara majlis biasanya cepat selesai kerana masing-masing nak ke masjid untuk solat Jumaat. Jamuan ringan yang disediakan ala-ala masakan kampung (siap ada petai dan sambal belacan).

Keesokan harinya majlis persandingan berlansung dengan ceria dan meriah. Tugas jurufoto menjadi mudah dengan kerjasama keluarga dan sanak saudara pengantin yang siap sedia bergambar di pelamin. Tahniah pada pasangan pengantin yang mula berkenalan pada 25 Julai 2008 akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Rentetan percintaan mereka tercatit pada "cover page" majalah di bawah.