Thursday, August 12, 2010

Majlis Perkahwinan Lia & Shah

Pengantin : Guliah & Shahrudin
Tarikh : 17 Julai 2010
Lokasi : Kg. Pt. Kadir Laut, Senggarang, Batu Pahat. Johor

Dengan sekali lafaz Shah & Lia sah bergelar pasangan suami isteri. Di sini Shah berkongsi tip supaya lancar lafaz akad nikah ... kena selalu hadirkan diri / jadi saksi majlis akad nikah kawan-kawan dan sanak saudara.

Pasangan pengantin terdiri dari golongan pendidik, jadi antara para jemputan tentulah anak murid mereka (foto berderet dengan pose istimewa). Susah juga nak ambil gambar pengantin lelaki kat pelamin ni, maklumlah kekok bila posing tetapi dengan bantuan Lia dapat juga saya merakam saat indah mereka.

Lain pula ceritanya masa sessi outdoor di Tropical Village (Air Hitam), sampaikan pengantin perempuan terkejut lihat talent Shah masa sessi bergambar. Rupanya Shah ni sukakan freestyle /candid photography, jadi kamera kena set continuous burst mode. Banyak gambar menarik yang berjaya dirakamkan!!!

Akhir sekali terimakasih kepada pasangan pengantin yang memilih saya sebagai jurufoto rasmi untuk hari bersejarah mereka. Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia ke akhirnya.



























2 comments:

  1. Slm..kat mn ye tempat nie, nmpk mcm best je..

    ReplyDelete
  2. Salam, tempat ni namanya Tropical Village, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Lokasi dari tol Machap kira-kira 3km menuju ke Ayer Hitam.

    ReplyDelete