Wednesday, March 23, 2011

Commercial Photography

Awal bulan Mac 2011 saya berpeluang mengikuti photoshoot "Food Photography" untuk syarikat multinasional bertempat di Mutiara Damansara. Photoshoot selama 4 hari dari jam 9 pagi hingga 8 malam. Hasil photoshoot akan dimuatkan dalam buku resepi keluaran syarikat, iklan dan sebagainya (gambar dalam blog ini hanya memaparkan "the making" atau gambar belakang tabir)

Sessi Fotografi dikendalikan oleh En. Jen Siow yang merupakan seorang jurufoto professional yang berpengalaman luas dalam bidang commercial photography. Biodata serta hasil kerja beliau boleh didapati di www.jenstudio.com Krew lain yang terlibat termasuklah Residence Chef, food stylist, art director dan staff sokongan yang lain.

Banyak ilmu diperolehi dari Jen Siow terutama dari segi pencahayaan, komposisi serta peralatan yang sesuai untuk food photography.





















No comments:

Post a Comment