Penampilan istimewa portraiture anak-anak dalam blog ni. Anak yang sulong Nur Iman berusia 3 tahun 2 bulan dan si keciknya Ahmad Qayyum umur 8 bulan. Lokasi pengambaran di sekitar Pantai Rekreasi Punggor, Rengit, Batu Pahat, Johor.
Pengantin : Noradina & Wan Amru Nikah : 9 April 2011 Sanding : 10 April 2011 Lokasi : Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor
Posting sebelum ni memaparkan sessi outdoor yang diadakan sehari selepas majlis persandingan (disebabkan hujan sebelah petang pada hari majlis). Kali ini saya membawakan rakaman foto sekitar majlis pernikahan dan persandingan.
Masa akad nikah biasanya kita lihat pengantin yang kurang lancar sebutannya sampai berulang kali melafazkan penerimaan akad nikah. Tapi kali ini jurunikah yang tergeliat lidah nak sebut nama pengantin lelaki sampai 6 kali percubaan baru saksi mengatakan SAH.
Pasangan pengantin serta pihak keluarganya memberikan layanan istimewa sepanjang saya menjalankan tugas (terima kasih banyak-banyak). Jadi banyaklah terakam gambar yang istimewa sepanjang majlis berlangsung. Nak tengok semua gambr, kenalah lihat album pengantin serta 'unlimited DVD copy' nanti. Sekian.
Posting kali ni membawa kita kepada pasangan Noradina & Wan Amru. Kita layan dulu sessi outdoor mereka dan posting sekitar majlis perkahwinan mereka akan menyusur kemudian.
Pengantin : Najwa & Zulfadhli Nikah & Sanding : 13 Mac 2011 Lokasi : Simpang Renggam, Johor
Pengantin perempuan masih menuntut di UITM Segamat dalam jurusan perakaunan. Jadi cuti kahwin taklah lama sangat. Esok lusanya dah masuk kuliah. Rombongan pengantin lelaki datang dari Pahang dan tiba di Johor sehari awal (sekarang ni dah mudah cari tempat berehat dengan kemudahan 'Homestay', kalau dahulu rumah saudara atau hotel menjadi tumpuan).
Majlis berlangsung dengan meriah dan kerjasama keluarga pengantin memudahkan tugas saya sebagai jurufoto rasmi. Tahniah pada pasangan pengantin Najwa & Zulfadhli. Saya akhiri posting ni dengan pertanyaan ... 'berbulan madu' kat mana nanti masa cuti semester?