Wednesday, May 18, 2011

Majlis Perkahwinan Noradina & Wan Amru

Pengantin : Noradina & Wan Amru
Nikah : 9 April 2011
Sanding : 10 April 2011
Lokasi : Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor

Posting sebelum ni memaparkan sessi outdoor yang diadakan sehari selepas majlis persandingan (disebabkan hujan sebelah petang pada hari majlis). Kali ini saya membawakan rakaman foto sekitar majlis pernikahan dan persandingan.

Masa akad nikah biasanya kita lihat pengantin yang kurang lancar sebutannya sampai berulang kali melafazkan penerimaan akad nikah. Tapi kali ini jurunikah yang tergeliat lidah nak sebut nama pengantin lelaki sampai 6 kali percubaan baru saksi mengatakan SAH.

Pasangan pengantin serta pihak keluarganya memberikan layanan istimewa sepanjang saya menjalankan tugas (terima kasih banyak-banyak). Jadi banyaklah terakam gambar yang istimewa sepanjang majlis berlangsung. Nak tengok semua gambr, kenalah lihat album pengantin serta 'unlimited DVD copy' nanti. Sekian.









































No comments:

Post a Comment