Thursday, July 29, 2010

Majlis Resepsi Ashraff & Eyna

Pasangan : Ashraff & Eyna
Resepsi (L) : 27 Jun 2010
Lokasi : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor

Sambung balik cerita dari posting sebelumnya. Pasangan pengantin mengekalkan khidmat pihak andaman dan tatarias pelamin dan makan damai. Sentuhan mereka bertemakan warna hitam dan merah amat bersesuaian dengan susunatur serta lampu dalam dewan.

Pasangan pengantin berarak atas karpet merah menuju ke pelamin yang tersergam indah di atas pentas. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Datuk Noh Gadut dan kemudian diadakan acara tepung tawar. Semasa sessi bergambar ramailah sahabat handai dan sanak saudara bersusun untuk merakam detik indah bersama pasangan pengantin. Masing-masing datang bawa kamera compact, kadang-kadang sampai 3 / 4 kamera yang saya tolong petikkan (yang kelakarnya ada satu tuan punya kamera tu lupa set kamera untuk still photo ... bila saya petik video yang dirakamkan!).

Pada penghujung majlis Ashraff mengambil kesempatan untuk menyampaikan satu lagu buat isteri tercinta (siap petik gitar lagi). Kalau nak dengar nyanyian beliau kenalah tonton video yang dirakamkan oleh professional videographer kita. Seronok juga dapat bekerja dengan videographer pro sepanjang 3 hari ini (merakam video sepanjang majlis nikah, berinai, persalinan, persandingan dan termasuk sessi outdoor).

Sebelah petang sessi bergambar diadakan disekitar taman dataran tasik Kluang. Yang bestnya pengantin cukup sporting berguling atas rumput sampaikan jurufoto turut berguling sambil meniarap atas rumput untuk mendapatkan gambar low angle. Cahaya matahari terbenam warna kemerah-merahan mengintai-intai dicelah pokok menghasil lens flare yang menarik (natural glow). Secara keseluruhan sepanjang 3 hari majlis memang terasa happy kerana dapat merakam detik indah pasangan ini. Buat Ashraff & Eyna semoga jodoh berkekalan hingga ke akhirnya. Aminnn.



































No comments:

Post a Comment