Tuesday, June 1, 2010

Majlis Perkahwinan Syahrul & Linda

Pengantin : Mohamad Syahrul Nizam & Norhaslinda
Akad Nikah : 13 Mei 2010
Sanding : 15 Mei 2010
Lokasi : Linau, Batu Pahat, Johor

Dengan sekali lafaz Syahrul dan Linda sah bergelar suami isteri. Kemesraan di antara mereka jelas terpancar sepanjang tugasan saya sebagai jurufoto mereka. Hinggakan masa posting ini dibuat mereka masih lagi honeymoon nun jauh di Langkawi.

Orang rewang dan keluarga pengantin cukup sporting masa bergambar (banyaklah gambar, tapi hanya satu saja yang saya masukkan dalam posting ini ... foto ke 4 di mana carrot susu ice blended disuapkan pada pengantin lelaki dan juga pengapit!!! ... nak tahu kesudahannya kenalah tengok album pengantin nanti).

Photoshoot outdoor dibuat di rumah lama sebelum zaman Jepun di Pt Hj. Hassan (rumah kawan pengantin perempuan). Rumahnya memang antik sesuai dibuat pengambaran filem.

Kepada Syahrul & Linda terimakasih banyak-banyak kerana memberi kerjasama dan pose-pose yang menarik. Selamat pengantin baru dan happy selalu.





























1 comment:

  1. Kami menyediakan perkhidmatan membuat custom album(design&printing) utk anda.
    Feel free to visit:http://photobooknphotographer.blogspot.com/

    ReplyDelete