Wednesday, June 9, 2010

Majlis Resepsi Afiq & Zatty

Pengantin : Afiq & Zatty
Majlis Resepsi Lelaki
Lokasi : Dewan Orang Ramai, Pt Raja, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 29 Mei 2010

Majlis berlangsung di Dewan Orang Ramai, Parit Raja yang baru disiapkan pada tahun lepas. Afiq & Zatty merupakan pasangan pengantin yang pertama melangsungkan perkahwinan di sini. Dewan ni menawarkan kemudahan serba moden dari segi lighting, stage, PA System, fully aircond dan parking kereta yang luas (lepas ini banyaklah tempahan majlis kat dewan ini).

Majlis dimeriahkan dengan tarian Barongan yang mengiringi perarakan pengantin. Menu makanan utama adalah Nasi Baryani dan disamping itu disediakan minuman petang untuk para jemputan (tetamu siap dapat bawa balik bekal/berkat lagi).

Afiq & Zatty mudah berinteraksi dengan jurufoto (mungkin pengalaman masa kat majlis perempuan sebelum ni kot) jadi banyaklah pose-pose yang menarik. Album diserahkan pada pengantin 4 hari selepas majlis kira-kira jam 12 malam (rumah keluarga pengantin cuma belakang studio saya je... ). Kepada Afiq & Zatty saya ucapkan selamat pengantin baru dan cepat-cepat menimang cahaya mata (senang sikit Zatty nak minta posting ke Semenanjung nanti).



















1 comment:

  1. sangat Syenteek!!!!!!!!!! bestnyer kawin..hahaha..tetibe!!

    ReplyDelete