Thursday, July 29, 2010

Majlis Perkahwinan Eyna & Ashraff

Pasangan : Eyna & Ashraff
Akad Nikah : 25 Jun 2010
Bersanding : 26 Jun 2010
Lokasi : Taman Intan, Kluang, Johor

Pertemuan.saya dengan Ashraff berlangsung semasa saya menjadi jurufoto untuk majlis Yuzlina & Zaharudin bulan Februari 2010. Masa tu Ashraff menjadi pengapit pengantin lelaki. Nak dijadikan cerita saya terus jadi jurufoto rasmi untuk majlis perkahwinan mereka pula.

Dengan sekali lafaz Ashraff dengan Eyna sah bergelar pasangan suami isteri (bak kata Datuk Noh Gadut yang menikahkan mereka ... "mungkin disebabkan Ashraff ni anak saudara Penasihat Majlis Agama Islam Johor, jadi lancar aje sebutannya").

Selepas acara nikah, diadakan pula majlis berinai dan diikuti dengan sessi persalinan pakaian. Disebabkan Eyna & Ashraff memang secantik dan sepadan, buat posing apapun gambar mesti menjadi (tak sedar tangan dah memetik beratus keping gambar dibuatnya). Keesokan harinya majlis persandingan berlangsung dengan meriah, dimulakan dengan perarakan pengantin lelaki diiringi paluan kompang. Di atas pelamin pasangan pengantin diceriakan dengan acara tepung tawar. Acara memotong kek diadakan khas dibawah khemah ala-ala 'Arabian Night' dan secara keseluruhan baik dari segi andaman, pelamin, meja makan damai dan khemah jemputan ... semuanya nampak ekslusif.

Cuaca sebelah petang nampak cerah dengan langit sedikit kebiru-biruan, maka dibawa pasangan pengantin ini bergambar di sebuah taman landskap di bandar Kluang. Dekat sejamlah juga sessi outdoor ini (banyak foto menarik tapi saya cuma upload 5 keping aje ... nak tengok selebihnya kena tengok album pengantin nanti).

Untuk majlis resepsi sebelah pengantin lelaki (keesokan harinya), posting akan dibuat selepas ini. Terimakasih buat Eyna & Ashraff serta kaum keluarga mereka yang memberikan kerjasama penuh sepanjang saya menjalankan tugas. Selamat Pengantin Baru.




































1 comment:

  1. pgantin yang cntik rupawan nie my bestfren....santekkkkkkk sgt...good job!!!

    ReplyDelete