Wednesday, June 30, 2010

Majlis Perkahwinan Hasifah & Jalil

Pengantin : Hasifah & Abdul Jalil
Tarikh : 06 Jun 2010
Lokasi : Kg. Pt. Sg Buloh, Senggarang, Batu Pahat, Johor

Majlis perkahwinan pasangan ini ada sedikit kelainan (ni ada tips kalau nak elak bayar TOL). Rombongan pengantin lelaki (dari Melaka) tiba pukul 9 pagi untuk majlis pernikahan. Selepas nikah terus ke meja makan damai (ye lah masa nikah takkan nak sekat bayar TOL pulak).

Pihak pengantin mengadakan majlis yang simple tetapi jemputan yang datang tak putus-putus dari selepas nikah sampai ke petang. Pengantin perempuan datang dari keluarga yang besar jadi ramai yang rewang adalah sanak saudara. Untuk cabutan bertuah lebih kurang 90 hadiah disediakan, Yang dapat hadiah beras siap julang kampet beras tayang kat kamera. Hadiah utama dimenangi oleh En Zainal (pakcik pengantin).

Kepada Hasifah & Jalil selamat berbahagia dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri.























Majlis Perkahwinan Zila & Remy

Pengantin : Norfazila & Mohd Raimi
Tarikh : 06 Jun 2010
Lokasi : Dewan Peladang Senggarang, Batu Pahat, Johor

Majlis Pernikahan pasangan ini telah dilangsungkan pada bulan Februari 2010. Untuk majlis persandingan pula pengantin perempuan mengambil kesempatan sempena cuti belajar untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Bila dah dapat posting nanti tak tahu kat mana daerah kena mengajar.

Majlis kahwin pada musim cuti sekolah memang banyak cabaran, antaranya para jemputan terkejar-kejar dari satu majlis ke satu majlis dan paling lucunya orang kompang cabut lari ke majlis lain kerana job bertindih (sebab pengantin terlewat 20 minit je... ).

Pada sebelah petang pengantin bergambar di atas padang rumput.. Nak dijadikan cerita lace gaun pengantin dah jadi perangkap belalang (nasib baik jenis belalang kecil, kalau belalang kunyit mahu terkompat-lompat pengantin perempuan ... ).

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki berlangsung di Alor Setar, Kedah dan ianya di adakan seminggu selepas majlis ini (foto kat Kedah akan menyusul kemudian). Jadi kita layanlah dulu gambar-gambar kat sebelah Johor ni ...

























Majlis Perkahwinan Diha & Azizul

Pengantin : Nurul Adha & Azizul Azman
Tarikh : 05 Jun 2010
Lokasi : Kg.Pt. Bengkok Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Pasangan mempelai ini buat pertama kalinya bertemu semasa Johor dilanda 'Banjir Termenung' beberapa tahun sudah. Waktu itu Azizul menjadi sukarelawan dari salah sebuah universiti tempatan yang datang bersama misi bantuan membersihkan kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir. Mungkin sudah tersurat jodoh Azizul adalah gadis johor yang mempunyai darah kacukan pakistan.

Okay, berbalik pada majlis perkahwinan mereka, pada hari persandingan, Diha mengenakan 5 pasang persalinan dan banyak pose-pose menarik yang digayakan. Walaupun kelihatan sedikit letih pasangan ini cukup sporting dan memberi kerjasama semasa sesi outdoor photoshoot. Terima kasih buat Diha & Azizul juga kepada seluruh kaum keluarga pengantin yang cukup ramah dan mesra sekali.

























Monday, June 28, 2010

Majlis Perkahwinan Ita & Izan

Pengantin : Norita & Norizan
Tarikh : 04 & 05 Jun 2010
Lokasi : Kg Sri Bunut, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Majlis bermula dengan acara akad nikah disebelah petang Jumaat dan dikuti dengan majlis khatam Al-Quran dan sessi persalinan baju pada sebelah malamnya. Cabaran paling besar masa sessi persalinan baju adalah semasa nak gayakan baju Minangkabau (kalau silap gaya tertanduk pulak si pengantin lelaki).

Keesokan harinya majlis persandingan berlangsung dengan meriah. Hidangan istimewa adalah nasi ayam special (kena musim cuti sekolah ni, kalau asyik makan nasi minyak mungkin jemu juga).

Pada sebelah petang pasangan pengantin di bawa bergambar sekitar padang rumput yang menghijau. Pada sessi ini saya menggunakan teknik 'available light' iaitu cahaya matahari 100%. Apa lagi berguling-gulinglah pengantin atas padang (freestyle photoshoot) dan kebanyakan foto adalah rakaman secara candid.

Kepada pasangan pengantin saya ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kerana sudi mengambil saya sebagai Official Photographer anda.





















Saturday, June 19, 2010

Majlis Resepsi Zainal & Syikin

Pengantin : Zainal & Noorul Asyikin
Tarikh : 5 Jun 2010
Lokasi : Kg Seri Mendapat, Parit Raja, Bt Pahat Johor
OP : En. Rashid

Ramai pasangan pengantin melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ini. Kadang-kadang kena hadir jemputan sampai 4 - 5 majlis dalam sehari. Walaupun majlis ini acara bertandang tempat lelaki suasana meriah tetap di rasai.

Lanskap sekeliling rumah pengantin dimanafaatkan sepenuhnya masa sessi pengambaran luar. Pesanan pada pasangan pengantin ... kalau menunggang motor tu jangan laju-laju (.... susah jurufoto nak ambil gambar nanti!!!). Selamat Pengantin Baru.